Home Siapa Kami?
Siapa kami PDF Print E-mail
Written by administrator   
Wednesday, 18 March 2009 03:21

RNH telah ditubuhkan pada tahun 2005 diatas prihatin dan sokongan oleh hamba Allah dengan kerjasama Persatuan Asrama Belia Malaysia. Dengan kesedaran yang ada dan memahami kesengsaraan serta penderitaan yang ditanggung oleh ibu-ibu yang mempunyai masalah,mangsa-mangsa penderaan dan ibu-ibu tunggal. Mereka adalah yang tidak mempunyai tempat perlindungan ataupun tempat tinggal.

Dengan ihsan dan usaha berkat jemaah maka tempat ini tertubuhlah di gombak setia. Buat masa ini RNH tidak dibuka kepada orang awam kerana ia terlampau sempit dan kurang sesuai dijadikan Rumah kebajikan. Rumah ini hanya sementara waktu hingga mendapat Rumah wakaf yang selesa.Ini adalah rumah ang dijadikan oleh tempat berteduh bagi ibu-ibu dan anak-anak yatim.

RNH adalah badan NGO yang tidak membuat keuntungan dan memerlukan pertolongan bagi menanggung kos kehidupan iaitu sara hidup,tempat tinggal,pendidikan dan makan-minum serta sebagainya. Untuk makluman banyak penghuni baru terpaksa ditolak kerana kekurangan sumber kewangan.Sebelum ini bagunan begitu uzur dan sekarang ada sedikit perubahan kerana ada badan-badan yang membantu tetapi tidak mencukupi.Kami penghuni mengharap mana-mana badan-badan kerajaan membantu ,badan-badan swasta. badan-badan korporat atau orang perseorangan.

 
Pusat Jagaan Nur Hikmah(001535126-U)
Pusat jagaan anak yatim,asnaf fakir,asnaf miskin,asnaf muaalaf dan ibu tunggal